Wanita Dalam Istikharah Cinta

The Zisters sekali lagi menghadiri Seminar Istikharah Cinta 2.0 anjuran Zeeta Magis Aura Mawar atas undangan Pengasasnya Puan Zaiti Noordin pada 21 Januari 2017 baru2 ini. Bertempat di OnPay Business Centre, Platinum Walk, Setapak, seminar ini berjalan lancar bermula seawal 8 pagi untuk pendaftaran dan berakhir jam 6 petang.

Bagi the zisters ini adalah saat yang sangat tepat dan sudah pastinya yang kami nanti2 kan, kerana kami sudah agak lama tidak bersama atas sebab komitmen yang masing2 harus uruskan. Alhamdulillah kami bertiga hadir seperti peserta yang lain juga, ingin menuntut ilmu sambil bersilaturahim.

IMG_8078

Untuk seminar yang pertama majoriti peserta yang hadir ramai dari kalangan pasangan suami isteri tetapi untuk kali ini kebanyakkan yang hadir adalah dari kalangan single fabulous (sama ada untuk hari tersebut atau hari seterusnya), pasangan suami isteri ada juga tapi tidak ramai.

IMG_8085

Alhamdulillah telah banyak yang dikongsikan oleh penceramah2 jemputan tentang Cinta Ilahi tanpa mengenepikan cinta sesama insan. Berkongsi cerita tentang hubungan antara suami dan isteri serta keluarga berlandaskan Al Quran & Sunnah, alhamdulillah.

Allahuma Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud limpahkanlah kasih sayangMu,
Letakkanlah sentiasa hanya CintaMu di dalam hati kami agar kami sentiasa mengingatiMu kerana sesungguhnya Cinta manusia itu lemah, tidak sempurna dan tidak kekal, hanya CintaMu Ya Allah yang Maha kekal, tulus, suci lagi abadi

Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Ya Baari’ sebaik-baik perancang dan pengatur. Setiap Aturan dan susunanMu itu sangat Cantik dan Sempurna.

Ya ‘Alim, Engkau lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kami seperti mana yg telah Engkau catatkan jodoh buat kami di Lauh Mahfuz lagi.

Alirkanlah Rasa Cinta antara kami suami isteri agar kami merasa tenang dan bahagia demi meraih CintaMu Ya Waduud.

Allah Ya Malik, sesungguhnya pasangan kami, Keluarga kami adalah MilikMu, bila-bila masa Engkau boleh mengambil mereka kembali.

Kami Bermohon semoga Engkau satukanlah Hati-hati kami dengan kasih sayangMu ya Rahman ya Rahim ya Jami’. kumpulkan kami semua di Syurga-Mu.

Kepada-Mu kami Berserah Ya Baari Ya Wakil, Bergantung Harap ya Somad.
Perkenankanlah DOA kami Ya Allah Ya Sami’ yang Maha Mendengar,
Ya Mujib yang Maha Memakbulkan Doa, Aamiin Ya Robbal’Alamin.

IMG_8086

Dia mencari cinta demi cinta yang halal dan tulus, mengembara dalam kesusahan dan kepayahan untuk cinta yang dapat membangunkan jiwa.

Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage…..

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

DiIstikharah CINTA…

The ZISTERS

Sila Kongsi :
About Zisters 21 Articles
The Zisters ( Zay, Irda & Siti ) are the face of Zisters Entertaiment which provides media products and services in Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply