Bila Rindu : Lagu Zaman Apa Ni…?

kami dan senyuman

Rasanya hampir 2 minggu kami bertiga tidak bersama, ada ketika kak siti dan zay bersama irda tiada, ada ketika irda dan zay bersama kak siti tiada. Begitu lah kehidupan kami, masing2 ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan, bila ada waktu yang sesuai kami akan bersama, InsyaAllah Zisters akan selalu ada, moga jodoh kami berpanjangan, ameen.

kami dan senyuman
kami dan senyuman

Sebenarnya kami bertiga punya bisnis masing2, kak siti sebagai usahawan tudung juga blogger, Irda penulis skrip juga blogger dan zay sebagai producer juga director. The Zisters adalah sebahagian dari kegiatan kami agar sering bersama untuk berkongsi idea, yang boleh memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.

Tiba2 malam ini terasa rindu sangat2 dengan Irda dan Zay. Minggu pertama persekolahan sudah pastinya Irda sibuk menguruskan anak2, manakala zay juga sibuk menghantar anak balik ke kota kinabalu dan menjalani pengambaran di kepulauan Semporna, Sabah.

Untuk melepaskan rindu kak siti pun tengok video2 kami di YouTube Channel, Zisters : How To Be Single Again. Apa lagi senyum sendirian lah kak siti 😍😍😍.

InsyaAllah selepas ini ada banyak lagi video video yang akan kami kongsikan untuk tatapan anda semua. Moga 2017 terus cemerlang buat The Zisters dan Crew, juga anda semua, ameen.

LOVE

Sila Kongsi :
About Zisters 21 Articles
The Zisters ( Zay, Irda & Siti ) are the face of Zisters Entertaiment which provides media products and services in Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply