Zisters Pyjama Party

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017

img_7394

Sepi seketika blog zisters.my kerana masing-masing sibuk dengan persiapan anak2 untuk memulakan persekolahan bagi sesi tahun 2017 dan minggu pertama persekolahan sudah pun bermula.

img_7391

Tanpa dirancang, tiba2 selepas business meeting dengan medshoe malaysia, kami terfikir untuk beraktiviti secara berkumpulan dengan menjemput beberapa follower fanpage zisters how to be single again dalam pyjama party for ladies. Kami hanya memperuntukkan untuk 10 orang sahaja.

img_7393

Pada 18 Disember 2016 bertempat di bilik yang berkonsepkan garden, hotel dorsett putrajaya, kami memulakan aktiviti tepat jam 5 petang. 10 orang yang sangat sporting ini sudah cukup untuk membuatkan ruang tidur ini menjadi begitu meriah sekali. Aktiviti bermula dengan mengunyah gula2 yang berperisa manis dan pelik.

Permainan seterusnya adalah Zisters’ Mannequin Challenge, yang ini memang menarik jerana semua peserta memberi kerjasama yang baik. Ada dua cabaran yang kami buat, ke dua2 video ini, boleh di lihat di fanpage zisters : how to be single again, dan jangan lupa LIKE ya.

img_7390

Acara terakhir ada lah memperagakan koleksi kasut kesihatan medshoe by medshoe malaysia. Zisters adalah salah satu agent yang dilantik di bawah rangkaian medshoe malaysia. Zisters ada membuat video untuk medshoe malaysia, InsyaAllah akan dikongsikan dalam vLog kami how to be single again.

img_7388

Zisters Entertainment adalah Syarikat Produksi yang menyediakan perkhidmatan : Pengurusan Acara, Video Iklan, Video Clips, Fotografi, Pengarahan Filem & Drama (panjang & pendek), Product Review, Travelogue Video, Latihan Media & Sosial. Jika ada yang memerlukan perkhidmatan kami, boleh hubungi kami di ruangan “contact us” @ hubungi kami ya.

img_7025

Kami akan terus berkongsi cerita melalui blog & vlog the zisters how to be single again. Tahun 2017 the zisters akan berkongsi banyak cerita melalui KEMBARA ZISTERS dalam dan luar negara dalam kategori TRAVELOGUE, InsyaAllah.

Moga Allah permudahkan semua yang kami rancang dan usahakan, ameen.

THE ZISTERS

Sila Kongsi :
About Zisters 21 Articles
The Zisters ( Zay, Irda & Siti ) are the face of Zisters Entertaiment which provides media products and services in Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply